Thursday, June 3, 2010

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci

Blog Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci telah lama saya tak update sedar tak sedar dah masuk Jun 2010...masa berlalu begitu pantas. Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini mempunyai 9 buah jurus batinnya. Jurus batin ini bermaksud pukulan angin ataupun pukulan jarak jauh.

Dengan gerakan tertentu Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, musuh dapat dilepar jauh, ditolak hanya dengan gerakan isyarat tertentu yang mana pada hakikatnya tak kena pun tubuh musuh berkenaan, namun musuh samaada terpelanting, tergulung bahkan bisa terbunuh !.

Pada awalnya saya belajar saya pun tak kisahlah apa - apa pun, masuk dan beramal dengan amalan yang diberikan oleh tuan guru. Amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini pula adalah terdiri daripada bacaan - bacaan ayat suci al- Quraan dan juga beberapa doa.

Seingat saya tiada jampi serapah dalam bahasa yang tidak difahami terlibat dalam amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, atau amalan yang lebih dikenali sebagai ' mengisi' jurus batin kedalam batin.

Setelah beberapa tahun belajar dan mengamalkan amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, tiada apa - apa kejadian pelik pun yang pernah saya alami, pun begitu kini sudah lama saya tak beramal dengan amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Apa yang diceritakan itu memang benar kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri.
    Hamba juga ada menulis satu tajuk dalam blog Hamba dan sebahagiannya Hamba telah catatkannya dalam komen sebelum ini dalam blog ini.
    Sila ke link ini;

    Seni Bela Diri Jurus Batin Tapak Suci

    untuk berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt..

    ana pernah menuntut ilmu ini ketika menuntut di Sekolah menengah ugama arab darul anwar pulau melaka..tak silap ana tempatnya di tanjung chat..ana sempat belajar hampir 2 tahun..tapi semacam enta ana dah x beramal dengannya..namun jurus2nya masih ingat..namun kemusykilannya ialah apabila kita membuat gerakan tersebut kita seolah2 mcm menyeru..seperti panglima2 dulu.itu menyebbkan ana tidak meneruskanya..namun pengalaman latihan dan geraka masih segar lagi..

    ReplyDelete
  4. ye begitulah..pusat latihan dahulu ade di tanjong chat dan dekat sekolah SMKB..kite pun dah tak beramal..lagi..tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  5. Betul tu...tapi kenapa ilmu tu tidak diamalkan ?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, maaf mencelah.. sbg bekas murid TS di tanjung chat, ambo rasa ada sbb tertentu ilmu ni tak diamalkan. antaranya ialah sbb takut terpukul orang. jurus TS ni kuat, tambahan plak ambo duk d negeri orang loni. taknak cari pasal walaupun diri di tmpt yg benar. maaf skali lagi..

    ReplyDelete