Saturday, May 11, 2013

AMALAN DAN TIP MURAH REZEKI

Saya kongsikan amalan dan tip murah rezeki semuga ia memberikan manafaat kepada pembaca semua..




AYAT MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Saudara-saudari boleh amalkan membaca sebanyak 33x atau sekadar kemampuan tiap-tiap lepas solat ayat ke54 dari surah Shad.

                                              "INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"

          Makna:  "Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.

Digalakkan umat Islam untuk kaya dengan niat untuk mudah menunaikan ibadah haji dan membantu umat Islam dengan cara menyediakan peluang pekerjaan dan mengeluarkan zakat
Posted by Perawat Islam



Selamat beramal..

Thursday, October 11, 2012

GERAK SILAT TAPAK SUCI

Ini antara gerakan silat jurus batin tapak suci yang ditunjukkan oleh seorang guru semasa majlis perhimpunan silat ini pada tahun lepas.






Ini adalah 10 gerak asas Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci


Monday, April 2, 2012

BERIKHTIARLAH MENCARI PELINDUNG DIRI DAN KELUARGA KITA

2 penjual burger parah ditetak kumpulan lelaki


GEORGETOWN - Dua remaja parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Bandar Baru, Air Itam dekat sini semalam.
Kedua-duanya cedera di kepala, tangan dan kaki dan dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Seorang saksi kejadian, S. Satiahilen, 20, berkata, dalam kejadian pukul 7 malam ini, dia bersama mangsa masing-masing berusia 20-an sedang membuat persiapan untuk membuka gerai burger mereka sebelum diserang secara mendadak oleh kumpulan samseng terbabit.
"Bilangan penyerang lebih dari 10 orang. Beberapa orang dari mereka macam dirasuk tiba-tiba belasah dan tetak dua kawan saya. Kami tidak kenal mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP.
Katanya, kumpulan lelaki itu segera beredar apabila beberapa orang awam yang lalu di situ datang membantu. - BERNAMA

Monday, November 14, 2011

SILAT TAPAK SUCI BERKEMBANG MEKAR DAN MENGHARUM

Silat Tapak Suci terus berkembang mekar dan mengharum. Gelangang di Tanjung Chat telah berpindah di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kota Bharu Kelantan. 

Kita telah kehilangan Arwah Cikgu Wan Yusuf sebagai wakil guru. Walaupun begitu kita masih ada rakan seperguruan Cikgu Wan Yusuf iaitu Tuan Haji Hamat Shafie.

Dengan restu Tuan Haji Hamat Shafie, Guru Lama yang sentiasa hadir ke Gelanggang PCB untuk memberi sokongan. Orang lama, antara anak Kelantan pertama bersama Cikgu Wan Yusuf menerima ijazah Tapak Suci dari Pak Cik Aswan sendiri di Geylang, Singapura.

Gelanggang Tapak Suci PCB setiap malam sabtu
Guru : Haji Hamat Shafie 
Ketua Jurulatih : Abg Mat Johan 
Jurulatih : Hisham Gaban & Che Mud. 
Hubungi 
Ustaz Rahimi 0179051391 
Ustaz Hasrizal 0179411240

Datanglah semua ahli lama dan baru serta mereka yang berminat nak belajar silat warisan wali 9..Insya Allah..


FACEBOOK :> http://www.facebook.com/pages/Pewaris-Tapak-Suci/154685797937408

Thursday, July 21, 2011

Perguruan Tapak Suci di Web

Hari ini saya dah jumpa laman web tapak suci yang sebenar. Oleh itu pembaca semua boleh merujuk info dilaman web ini > http://tapaksuci.net/

Sekian terima kasih

Monday, October 25, 2010

Sekadar Disini

Setelah meneliti kembali ..rasanya cukup setakat ini.saya rakam kisah ini..biar lah ia menjadi kenangan..dialam maya ini..amin

Saturday, October 23, 2010

9 Jurus Utama Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci

Seni silat jurus batin tapak suci ini ada (jika tak silap aku) ada 9 jurus utama. Jurus - jurus ini merupakan pukulan jarak jauh yang berbahaya dan jika betui terkena pada musuh boleh membawa maut. Sembilan jurus ini boleh digabungkan menjadi satu  bagi menghadapi serangan musuh dari segenap penjuru.

Namun hahikat bilangan jurus ini sebenarnya tidak terbilang..tertakluk kepada kurniaan Allah jua kepada kita....itu kata yang pernah aku dengar dari guru. Namun persoalannya ..patutkah aku rakam (tujukkan) gerak - gerak jurus ini untuk tatapan umum ?...Hingga kini aku tak berani...