Monday, October 25, 2010

Sekadar Disini

Setelah meneliti kembali ..rasanya cukup setakat ini.saya rakam kisah ini..biar lah ia menjadi kenangan..dialam maya ini..amin

Saturday, October 23, 2010

9 Jurus Utama Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci

Seni silat jurus batin tapak suci ini ada (jika tak silap aku) ada 9 jurus utama. Jurus - jurus ini merupakan pukulan jarak jauh yang berbahaya dan jika betui terkena pada musuh boleh membawa maut. Sembilan jurus ini boleh digabungkan menjadi satu  bagi menghadapi serangan musuh dari segenap penjuru.

Namun hahikat bilangan jurus ini sebenarnya tidak terbilang..tertakluk kepada kurniaan Allah jua kepada kita....itu kata yang pernah aku dengar dari guru. Namun persoalannya ..patutkah aku rakam (tujukkan) gerak - gerak jurus ini untuk tatapan umum ?...Hingga kini aku tak berani...

Thursday, June 3, 2010

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci

Blog Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci telah lama saya tak update sedar tak sedar dah masuk Jun 2010...masa berlalu begitu pantas. Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini mempunyai 9 buah jurus batinnya. Jurus batin ini bermaksud pukulan angin ataupun pukulan jarak jauh.

Dengan gerakan tertentu Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, musuh dapat dilepar jauh, ditolak hanya dengan gerakan isyarat tertentu yang mana pada hakikatnya tak kena pun tubuh musuh berkenaan, namun musuh samaada terpelanting, tergulung bahkan bisa terbunuh !.

Pada awalnya saya belajar saya pun tak kisahlah apa - apa pun, masuk dan beramal dengan amalan yang diberikan oleh tuan guru. Amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini pula adalah terdiri daripada bacaan - bacaan ayat suci al- Quraan dan juga beberapa doa.

Seingat saya tiada jampi serapah dalam bahasa yang tidak difahami terlibat dalam amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, atau amalan yang lebih dikenali sebagai ' mengisi' jurus batin kedalam batin.

Setelah beberapa tahun belajar dan mengamalkan amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini, tiada apa - apa kejadian pelik pun yang pernah saya alami, pun begitu kini sudah lama saya tak beramal dengan amalan Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini.