Thursday, December 10, 2009

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci inilah satu - satu silat yang saya pelajari..namun tak tamat pun..nak menulis secara detail pun saya kekadang terasa malu pada diri sendiri kerana nama guru pun aku dah tak ingat. Namun aku gagah juga supaya ia menjadi titisan sejarah untuk jenerasi yang mendatang.

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini merupakan silat jenis pukulan angin yang tidak menyeru dan ia juga merangkumi silat gerak. Sebenarnya aku pun sukar untuk mengingati dan nak beri perkongsian berkaitan silat ini.Namun seingat saya, Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini ada sembilan jurus utama namun hakikat sebenar jurusnya ada bermacam ragam. Kerana dengan gerakan tertentu yang tidak termasuk dalam sembilan jurus yang di ajar itu pun musuh boleh terkena pukulannya. Inilah yang berlaku semasa saya menuntut dalam Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci. Semasa latihan kita akan berpasangan bersilat gerak dan melalui amalan yang dibuat, jurus atau pukulan jarak jauh itu akan terkeluar sendiri dengan gerakan yang kita buat. Kesannya musuh atau dalam gelanggang Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci regu kitalah atau pasangan latihan silat mungkin terguling, terpelanting ataupun jika dia nak terajang kita, akan tersangkut atau tiba - tiba ia lemas terkunci.

Peristiwa ini terjadi kepada saya sendiri dalam gelanggang Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci, dimana regu saya terpelanting semasa membuat serangan keatas saya...namun diluar gelanggang saya sendiri tak pernah bergaduh dengan sesiapa pun..dan tak pernah guna pakai Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci ini..

Sunday, April 26, 2009

Silat Seru

Silat Seru merupakan suatu silat yang depa dok berlatih depan rumah aku semasa aku sekolah rendah.Namun sebab usia aku pada ketika itu masih budak - budak, aku takboleh nak join le. Silat Seru ni sungguh dasyat kerana dengan belajar silat seru ini, anda mampu bersilat apa jua bentuk silat yang anda ingini. Nak silat gayung di keluar Silat Gayung dan macam-macam lagi. Silat Seru ni sungguh luarbiasa kerana aku pernah lihat persilatnya mampu melompat atau terbang melepasi rumah aku dan mungkin sebab inilah kanak-kanak tidak dibenar belajar. Oleh sebab itu aku hanya jadi penonton silat seru setiap malam jumaat...................

Friday, April 24, 2009

Silat dan Tomoi

Silat dan Tomoi siam itulah yang saya belajar semasa saya ditingkatan satu, namun semuanya tak tammat kerana saya sebenarnya pemalas. Belajar silat ini nak kena ada minat dan kesungguhan, jika tidak silat entah kemana.

Wednesday, April 22, 2009

Guru Silat Jurus Batin Tapak Suci

Guru utama silat jurus batin tapak suci ini pun telah saya lupa hingga kini kerana saya sebenarnya tidak beramal lagi dengan amalan Silat Jurus Batin Tapak Suci ini kerana biasalah sibuk, pada hal pada suatu masa dahulu saya mampu menumpaskan lawan digelanggang Silat Jurus Batin Tapak Suci hanya dengan satu pukul tolak di ikuti hembusan nafas 'lawan' ( sebenarnya sparing partner) mampu terlampung 3 meter ketepi gelanggang.

Silat Jurus Batin Tapak Suci lebih kurang macam ini kesannya namun jurus sebenar yang utama ada 10 jurus. Lihat video Silat Nasrul Haq yang tersohor suatu masa dahulu.





Menurut pesanan guru, jika kita tidak beramal dengan 'mengisi' Jurus Batin Tapak Suci ini keampuhan pukulan batin silat ini akan hilang begitu sahaja. Entahlah..sebenarnya ada juga sebab - sebab tersirat kenapa saya dah tidak beramal dengan Silat Jurus Batin Tapak Suci ini.....

Thursday, April 16, 2009

Seni Silat Jurus Batin Tapak Suci Pukulan Jarak Jauh

Silat Jurus Batin Tapak Suci ini merupakan silat pukulan jarak jauh yang mampu membuatkan musuh terpelanting dengan hanya mengajukan pukulan jarak jauh jurus batin tapak suci. Silat jenis ini yang saya minat pada masa itu kerana tak perlu letih menpelajari pelbagai buah pukulan.

Hanya hiap ..dengan pukulan angin musuh mampu terbunuh, tercabut leher, putus perut dan juga kita sendiri tidak mampu di usik musuh. Pelik wal ajaib !.

Tuesday, April 14, 2009

Mula Belajar Jurus Batin Tapak Suci

Gelanggang Silat Jurus Batin Tapak Suci ini terletak di suatu tempat di berhampiran dengan Sekolah Menengah Kota Bharu, Kelantan. Saya sendiri pun sudah lupa tempat ini dan bila saya pergi pun sekarang ini, tempat yang saya belajar silat jurus batin tapak suci ini pun dah jadi kawasan perumahan dan lokasi sebenar telah hilang ditelan zaman.

Seingat saya nak belajar silat jurus batin tapak suci ini tidak dikenakan bayaran satu sen pun, cuma ikut suka hatilah nak bagi sedekah dalam sebuah tabung yang disediakan dan seingat aku, aku pun tak pernah bagi satu sen pun, bukanlah aku kedekut namun aku masih budak sekolah dalam tingkatan 1 kalau tak silap yang bersekolah di Sekolah Menengah Kota Bharu pada masa itu.

Nak dapat ilmu silat ini cukup mudah, mula - mula aku disuruh oleh panglima kanan silat jurus batin tapak suci ini ambil wuduk dan bersila dalam sebuah bilik yang terang. Panglima jurus batin tapak suci ni dia duduk di belakang aku, kemudian dia tepuk belakang aku dan aku kemudian disahkan jadi anak murid perguruan tapak suci.

Kemudian aku diarah turun ke gelanggang untuk mengikuti gerak jurus pula..

Saturday, April 11, 2009

Silat Jurus Batin Tapak Suci

Silat jurus batin tapak suci ini saya sendiri pun hingga kini tak tahu daripada mana asal usulnya. Saya pelajari pun sebab ikut kawan yang ajak saya pergi belajar silat ini dekat rumah saya kira-kira 5 kilometer daripada rumah saya.

Saya pergi belajar silat jurus batin tapak suci ini setiap malam selasa setiap minggu dan silat ini tiada pakaian atau lambang khusus...janji pakai seluar trak, t-shirt dah boleh bersilat jurus batin tapak suci ini.

Thursday, April 2, 2009

Silat Jurus Batin Tapak Suci

Silat jurus batin tapak suci ini adalah silat yang mula aku pelajari walaubagaimana pun aku pun tak tamat belajar silat jurus batin tapak suci ini. Silat ini pun bukan popular sangat dan ia amat berlainan sekali dengan silat tapak suci yang ada pada masa ini.

Silat ini tak de buah cuma ada gerak jurus batin yang mampu menjatuhkan atau pun membinasa musuh daripada jarak jauh. Kiranya silat jurus batin tapak suci ini merupakan silat pukulan jarak jauh.

Sunday, March 29, 2009