Tuesday, April 14, 2009

Mula Belajar Jurus Batin Tapak Suci

Gelanggang Silat Jurus Batin Tapak Suci ini terletak di suatu tempat di berhampiran dengan Sekolah Menengah Kota Bharu, Kelantan. Saya sendiri pun sudah lupa tempat ini dan bila saya pergi pun sekarang ini, tempat yang saya belajar silat jurus batin tapak suci ini pun dah jadi kawasan perumahan dan lokasi sebenar telah hilang ditelan zaman.

Seingat saya nak belajar silat jurus batin tapak suci ini tidak dikenakan bayaran satu sen pun, cuma ikut suka hatilah nak bagi sedekah dalam sebuah tabung yang disediakan dan seingat aku, aku pun tak pernah bagi satu sen pun, bukanlah aku kedekut namun aku masih budak sekolah dalam tingkatan 1 kalau tak silap yang bersekolah di Sekolah Menengah Kota Bharu pada masa itu.

Nak dapat ilmu silat ini cukup mudah, mula - mula aku disuruh oleh panglima kanan silat jurus batin tapak suci ini ambil wuduk dan bersila dalam sebuah bilik yang terang. Panglima jurus batin tapak suci ni dia duduk di belakang aku, kemudian dia tepuk belakang aku dan aku kemudian disahkan jadi anak murid perguruan tapak suci.

Kemudian aku diarah turun ke gelanggang untuk mengikuti gerak jurus pula..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment