Sunday, April 26, 2009

Silat Seru

Silat Seru merupakan suatu silat yang depa dok berlatih depan rumah aku semasa aku sekolah rendah.Namun sebab usia aku pada ketika itu masih budak - budak, aku takboleh nak join le. Silat Seru ni sungguh dasyat kerana dengan belajar silat seru ini, anda mampu bersilat apa jua bentuk silat yang anda ingini. Nak silat gayung di keluar Silat Gayung dan macam-macam lagi. Silat Seru ni sungguh luarbiasa kerana aku pernah lihat persilatnya mampu melompat atau terbang melepasi rumah aku dan mungkin sebab inilah kanak-kanak tidak dibenar belajar. Oleh sebab itu aku hanya jadi penonton silat seru setiap malam jumaat...................

7 comments:

  1. Assalamualaikum! Akhirnya aku menjumpai dengan seseorang yang sedang menulis tentang Seni silat jurus batin tapak suci. Sebenarnya sudah 15 tahun aku menjejaki ahli-ahli yang pernah belajar seni silat ini. Aku belajar silat ini 22 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1987. Gelanggannya ialah di Taman Koperatif dekat Taman Tanjung Chat iaitu dekatlah dengan SMKB. Pada penghujung 1988 aku melanjutkan pelajaran ke universiti dan tamat pada penghujung 1992. Namun entah macam mana selepas itu semuanya terputus hubungan. Sebabnya kebanyakan ahli yang belajar tinggal berjauhan dan bukan berasal dari Kota Bharu. Aku pun bukan tinggal di Kota Bharu. Tetapi pada tahun 2006 aku membeli rumah di Tanjung Chat Kota Bharu dan menetap di sini sekarang ini dan sememangnya berdekatan dengan gelanggang tempat aku belajar dahulu. Namun aku juga pernah mencari gelanggang tempat aku belajar dahulu tetapi semua jejaknya hilang. Sejak timbulnya era internet, web dan blog beberapa tahun ke belakang ini, puas aku search melalui google yahoo dsb takut2 ada yang menulis tentang silat ni tapi tak jumpa melainkan tapak suci indonesia dan singapura yang jauh berbeza sama sekali dengan tapak suci yang aku belajar dahulu. Namanya sahaja yang hampir sama. Satu lagi, jangan panggil silat ini sebagai silat seru kerana ia tak menyeru sesuatu yang lain melainkan memohon kepada Allah dan berzikir sahaja. Jika saudara telah terbaca komen aku ini harap hubungi aku di yiekotabharu@ymail.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana membaca blog saya..Insya Allah kita mungkin seguru pada suatu masa dahulu.Saya pun belajar silat jurus batin tapak suci ini ditempat yang saudara maksudkan itu..

    Silat Seru yang saya tulis adalah silat yang ada bermain didepan rumah saya semasa saya kecil, di kampung Wakaf Mek Zainab..belakang berek polis..itulah rumah saya..nanti jika ade masa saya akan tulis lagi berkaitan dengan Seni Silat Jurus Batin Suci..ini..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua. Ana pun pernoh belajar Ilmu Persilatan Tapok Suci nih. Maso tu depan rumoh Tok Wae Daud Tanjung Chat. Ana start belajar maso Form 4 dengan abe ana sebagai penjamin. Maso tu keno ado penjamin baru boleh belaja. 3 bulae ana gi kelih sajo sehinggolah pado satu malam, Tok Wae Daud panggil untuk ritual penerimaan. Maso tu Abe Dik yang activated ana.

    Setelah beberapo lamo berlatih, berlaku kekecohan pasal 'gerok' & jurus bathin yang dikatokan ado unsur-unsur berkhodam. Ana cuba dapatkan penjelasan pado maso tu, tapi takdok sorang pun yang mampu memberikan jawapan yang jelas & pasti. So lebih 15 tahun ana tinggal. Sehinggalah beberapa tahun kebelakangan, ana berjumpa dengan beberapa orang guru, ustaz & ahli hikmah yang arif pasal benda ni. So sedikit sebanyak persoalan yang selamo ni menghantui ana dalam hal Tapok Suci, bahkan silat karomah ni mula tersingkap.

    Nok tahu lebih lanjut silo rujuk blog ana di http://nuras-syifa.blogspot.com/

    Ana kemudiannya telah di bawa oleh Super Senior dalam Tapok Suci ni, iaitu Wan Zil (Cikgu di Lipis, Pahang) berjumpo dengan Abe Aziz (JPJ) yang telah menjadi pewaris Tapok Suci mengantikan Ayoh Soh (adik Tok Wae Daud). Ana telah diijazahkan sebagai guru & diizinkan untuk mengajar & mengambil murid. Tapi sehingga sekarang, ana hanya ado sorang jah murid. Tu pun sebab Abe Aziz suruh ana ambik. Ado beberapo sebab ana tak mengajar & ambik murid sebenarnya.

    Selain dari tu, ana jugok ado jumpo dengan orang lamo dalam Tapok Suci, tapi bukae dari gelanggang Tanjung Chat. Bohkan dia mendapat Tapok Suci dari orang lain yang dikatokan lebih senior dari Ayoh Soh. Sapo dio? Nok tahu hal yang lebih lanjut sila berhubung dengan ana atau mengikuti blog ana. No- H/set ana 012-9373110 (Fakhruddin ibn Mohammad Al-Marbawi)

    ReplyDelete
  4. Salam, sy pernah belajar dulu dlm thn 1999 tapi sekarang dah tak amal (sbb bukan kaki gaduh),tak silap ada jurus sampai 7 je. sayang betul silat ni makin lama makin hilang.

    ReplyDelete
  5. silat ini baru saya temui laman web nya
    > http://tapaksuci.net/

    ReplyDelete
  6. Ambo blajar jgk dlu ilmu jurus² nih..loni makan diri..sb lama x amal hok baik tukar jd jahat..duk usaha buang loni ..payah benda ni de jd darah daging gak..dlu masa zaman jahil nok ko ilmu batin nih..lama tggl nyo mari sakit² duk kekoh atas blake..cuma nk tanya masa terima dlu ilmu ni putih..pah lama x amal bkpo tukar jd iblis plok..bini ambo jd mangsa..keno kekoh sokmo..lebam2 hbs tubuh..

    ReplyDelete
  7. Updated info TS amalan di dalam seni bela diri ini ialah lindungi diri,keluarga, ugama dan tanah melayu,juga para sahabat,belajar lah ilmu tak kan habis,zahir dan batin ada kegunaannya pada suatu hari nanti,

    ReplyDelete